Alumni UiTM Perlis Malaysia

think of alumni, think of giving back...

Hari Terbuka ICAN 2017

Hari Terbuka ICAN 2017 telah berlangsung pada 18 November 2017 di UiTM Arau, Perlis. Ianya adalah anjuran Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN), UiTM Perlis. Pelbagai program telah dirancang melibatkan warga UiTM Perlis, masyarakat, alumni juga pihak industri.

Pihak Persatuan telah diwakili oleh Presiden Ahmad Shamsul Baharin bin Mohamad Hanafiah, Setiausaha Zarina Ahmad, Penasihat Persatuan Dato' Wira Othman bin Aziz serta sebahagian AJK hadir ke majlis tersebut.

Wakil Persatuan juga telah dijemput untuk menjadi panel di dalam forum yang telah dijalankan selain daripada hadir ke Majlis Charity Lunch bersempena dengan Hari Terbuka ini. AJK juga telah mengambil kesempatan berjumpa dengan wakil-wakil pelajar.